Monday, June 6, 2011

CoReTaN hAtI iNsAn YaNg LeMaH...:'(

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah,
Kuatkan lah imanku,akidahku.
pertahankan diri ini dari bisikan syaitan,
jauhkan aku dri gundah gulana,

Ya Allah,
bagaimana aku nak meraih CintaMU?,
bagaimana aku mendekatkan diri yg hina ini kepadaMU?,

Ya Allah,
betapa lemah imanku,
mudah sungguh aku jatuh ke lembah syaitan,
mudahnya aku rebah dijalamMU,

Ya Allah,
kuatkan imanku,
bila aku senang dan susah izinkan aku dekat padaMU,
aku akan basahkan bibir ku dengan mengalunkan ZIKRULLAH,
aku akan dekatkan diri ini dgn kalam SUCI AL-QURAN,

Ya Allah,
ingin aku meraih Cinta Mu,
ingin aku bersama Dengan Mu,
tapi aku tidaj tahu bagaimana??.
aku tidak mahu mencapai atau meraih cinta Manusia,
kerana mereka akn kembali padaMU,
Ya Allah..

Ya Allah,
Cinta manusia adalah cinta yg Dusta,
manakala,
Cinta Allah adalah Cinta Abadi,
Cinta yang sungguh Indah.

Ya Allah,
disebabkan indah itu,
Sukar untuk mendapatkanya,
hanya hamba yang terpilih sahaja,
yang dapat merasai nikmat Cinta Hakiki,
SubhanaAllah....
Maha Suci Allah...
ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!


Sunday, June 5, 2011

puisi yg menyentuh hati ana..^_^

Pilihanku..
Bukannya pada paras rupa yang menawan hati..
Kerana cintaku bukan pada pandangan semata..
Takut jika diwarnai kegelapan..
Kita buta hilang arah..

Pilihanku..
Bukannya pada manis tutur kata bermadah..
Kerana cintaku bukan pada janji yang bermaharajalela..
Andainya suara dikaburi fitnah,
Kita rebah tiada bermaya..

Pilihanku..
Bukan pada banyaknya harta dunia,
Kerana cintaku bukannya ternilai dengan harga..
Bimbang kemewahan membawa leka..
Menghilangkan cinta kita padaNya..
Lalu dimanakah bahagia?


Pilihanku itu..
seorang yang buta..
Buta menilai paras rupa..
Sesungguhnya syahadahnya menggegar seluruh jiwaku..
Keikhlasannya melakar cinta yang diredha..
Tongkatnya pada akidah yang menyinari laluan bahagia

Pilihanku itu...
Seorang yang bisu..
Bisu mengungkapkan janji yang tiada pasti..
Kerana harapan disandarkan pada Illahi..
Pendiriannya menusuk nurani hawa..
Bait-bait kesyukurannya lahir pada sujud  seorang hamba

Pilihanku itu..
Seorang yang papa dan hina...
Papa dengan takbur yang mengubur
Hina kerana sederhana..
Iman memujuk jiwanya..
Cintanya pada agama mengikat tali ukhwah..
Lalu disimpul teguh pada tiang pernikahan..

Pilihan kami..
Pada agama yang memelihara
Pada Syahadah yang mengiringi
Pada Alquran yang membimbing..

Biar..
Cinta kami pada maha Menyintai..
Kerana janjiNya yang pasti
Cinta kami pada kekasih Illahi
kerana memimpin ke jalan bahagia yang hakiki
Kasih isteri pada cinta yang diberi..
Biarlah sampai ke akhirat nanti...
kerana yang  sebenarnya ku mahukan padanya..
Bukan cuma kekasih duniawi..
Tapi teman menuju syurgawi..