Sunday, March 20, 2011

MS nak ucapkan terima kasih kepada sahabat MS yg amat MS sayang...

Bismillahirahmanirrahim...

apa yg MS tulis dlm ni x ada niat untuk membuka aib sesiapa..coretan ini MS nak bgthu pada "kawan" MS yg MS sangat hargai dia sebagai sahabat MS didunia dan diakhirat....

       MS mula kenal dia sewaktu sekolah rendah lg...tp karakter MS pada sekolah rendah..masyaAllah hanya Allah je thu...susah sangat nak bergaul dgn lelaki..pendiam je..sehinggakan bnyk kawan2 MS mengatakan yg MS ni budak "alim"....hahahaha...itu sewaktu MS darjah 1-5...tp bila dah naik darjah 6...masyaAllah..disitulah perangai MS keluar...tp x lah over sgt....MS masa tu masih lg thu adab2 bergaul antara lelaki dan wanita..tp darjah 6 ni lah MS start berkawan dgn lelaki...tp alhamdulillah bnyk kawan lelaki MS ni baik..x lah jahat mana...cuma MS ni x suka lah berjalan2 ngan budak2 lelaki....sbb x berani keluar rumah mcm kawan2 MS yg lain...dari sini brulah MS suka berbual dgn lelaki..terutamanya kat sekolah....klu luar sekolah tu x yah cakaplah...MS suka kurung diri kat rumah je...hihihi...lg pun waktu MS sekolah rendah..keluarga MS ni x lah senang sgt....hidup keluarga MS susah juga sikit2..mcm korang jugalah...hihhihiklu dulu2 budak payah nak dapat handphone sendiri..setakat ada handphone rumah je...klu ada pun mesti ken abalajr rajin2..bru dapat...tp MS tgk budak zaman sekarang dah x yah dah belajar rajin2...minta je..pasti dapat..terutamanya budak2 sekolah rendah....MS dapat hp sendiri pun start MS form 3...tu pun masih terkapai2 nak guna...budak2 sekarang x..hp semua canggih2..kalah hp MS..hihihi...panjang sangat lah MS cita ni..tp x masuk lg pun apa yg MS nak sampaikan...hihihihi...

     Ms nak ucapkan bnyk2 terima kasih pada sahabat ana ni..pada awlnya MS dan sahabat ana ni hilang jejak...kami dah lost contact...tp dgn izin Allah kami telah dipertemukan semula...Allahmdulillah...selama ini MS bnyk bantu dia sewaktu sekolah rendah...selalu bermain dgn dia..selalu kongsi cerita...tp bila kami dipertemukan semula..masyaAllah..bnyk perebuhan yg MS lihat dalam diri dia....dia lebih berminat dlm bidang agama..kadang2 kami kongsi ilmu juga...bangga juga MS mempunyai sahabat yg lebih sayangkan agama...klu dulu nak kata mmg kurang ilmu nya ttg islam..tp setelah depertemukan semula..alhamdulillah..semua bagaikan mimpi..dia telah berjaya...dia telah berjaya menjadi seorg DAi'E...alhamdulillah...kadang2 kalau MS tgk dia pun boleh menimbulkan cemburu dalam diri MS..sbb MS x sebaik dia...sbb MS ni nakal(nakal ke)...^__^
    
    suatu ketika tu..MS ada ikuti program yg dianjurkan oleh kelabnya(x yah lah sebut nama kelab)...MS bermalam kat sana selama 2 hari 1 malam...best juga..dapat bnyk ilmu yg MS dapat...tp bila MS fikir blik..mrk mmg penat..susah payah mengadakan program tu...mcm2 kejadian yg berlaku..tp mrk ttap kuat..terutamanya sahabt MS ni...bkn calang2 org nak wat semua ni...sedangkan MS jd peserta pun dah terkial2....ish3x...

     bru2 ni pula MS ada minta tolong kat sahabt MS ni...MS betul2 rasa bersalah kat dia sbb MS x mampu jdi sahabt yg baik...tp dia ttp bg semangat kat MS..supaya jgn risau dan jgn asyik salahkan diri sendiri...MS btul rasa bersalah kat dia..MS dah bnyk susahkan dia dan MS x jaga pun solat dia waktu tu...masa tu MS rasa seolah2 MS x layak lg untuk menjadi sahabtnya...saat tu sikit lg air mata MS jatuh gara2 solat yg ditinggalkannya...tp dia sedaya upaya cuba cari jalan untuk solat...dan akhirnya dia bgthu kat MS yg dia dah lakukan tanggungjawabnya...masyaAllah saat MS baca apa yg dia bgtahu..hati MS saat tu sangat2 terharu..sbb dia dah laksankan tanggungjawbnya....MS thu pada hari yg sama dia ada program lain..MS x thu pun yg urusan MS akan hbs petng...MS rasa bersalah sangat sbb bwa dia tolong MS...MS thu keadaan kesihatan dia x baik..tp MS ttp juga desak dia..(kejamkan)...tp alhamdulillah semua dah selesai..dan dia pun dah sembuh....alhamdulillah...

          coretan ini MS tujukan padanya..sbb MS hargai sangat2 dia sebagai sahabt MS...MS nak ucapkan terima kasih pada dia sbb sudi tolong MS saat MS susah...semoga Allah berkati keikhlasannya...MS doakan semoga sihat sejahtera,berjaya dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat..insyaAllah....hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua kebaikan mu sahabat...^_^

Thursday, March 17, 2011

HUJAH2 YANG MEWAJIBKAN PEMAKAIAN PURDAH

1.Firman Allah: وقل للمؤمننات يغضضن من أبصرهن ويحفظن فروجهن

maksudnya: dan katakanlah kpd muslimah tundukkanlah pandanganmu dan peliharalah kemaluanmu.......

Di sini disuruh supaya menjaga kemaluan, ia juga termasuk menjaga segala yg mendorong ke arah rosak nyer kemaluan/kehormatan. Ini kerana memperlihatkan muka kpd org ramai sudah tentunya mendorong nafsu syahwat lelaki dan akhirnya akan pergi kpd kejadian yg lebih jauh... Na'uzubillah.........

2.Firman Allah: ولأ يبدين زينتهن اءلا ما ظهرمنها

maksudnya: dan janganlah pamerkan hiasan mereka kecuali apa yg zahir daripadanya...

Ibnu Mas'ud berkata bahwa apa yg zahir drpd mereka ialah pakaian. Ia disahihkan oleh Syaikh Mustafa Al-Adawi dlm kitab Jami' Ahkamin Nisa'. Ini bermaksud wanita itu wajib menutup mukanya sekali....

3. Firman Allah: وليضربن بخمورهن على جيوبهن

masudnya: dan hendaklah mereka melabuhkan pakaian mereka hingga ke leher dan dada mereka...

Berdasarkan ayat ini, wanita itu wajib menutupi dada dan leher mereka, maka ,menutup muka adalah lebih wajib kerana wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yg bijaksana ini memerintahkan menutup dada dan leher tetapi membiarkan muka terbuka.

4.Firman Allah:ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن

maksudnya: dan janganlah mereka menghentakkan kaki2 mereka agar diketahui perhiasan yg mereka sembunyikan......

Allah melarang muslimah menghentakkan kaki2 mereka kerana khuatir akan terdengar perhiasan2 mereka seperti gelang kaki dan sebagainya. Hal ini kerana risau akan laki2 yg terdengar gelang2 kaki akan tergoda,maka godaan yg ditimbulkan kerana terlihat muka adalah lebih besar lagi. Apatah lagi dengan solekan2 yg berlebihan, pastinya ia lebih berhak ditutup untuk mengelakkan fitnah yg besar.

.5.Firman Allah (sorilah... dh malas nk tulis arab):
"apabila kamu meminta sesuatu keperluan drpd mereka, maka mintalah dr belakang tabir. Cara itu lebih menyucikan bagi hatimu dan hati mereka." (Al-Ahzab:53)

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa wanita wajib menutup diri mereka dari laki2 termasuk menutup wajah. Hikmahnya ialah untuk menjaga kesucian hati2 org yg beriman

6. Ummu Athiyah berkata: " Pada dua hari raya, kami diperintahkan untuk mengeluarkan wanita2 haidh untuk menghadiri jemaah kaum muslimin dan doa' mereka. Seorang wanita bertanya, "wahai rasulullah, seorang di antara kami tidak memiliki jilbab(tutup muka) bolehkah dia keluar..? Maka Rasulullah menjawab "hendaklah kwan2nya meminjamkan jilbab mereka"

7. Aisyah berkata: " jika rasulullah meihat wanita2 di zaman ini apa yg kita lihat, nescaya beliau melarang wanita ke masjid"

perkataan Aisyah ini adalah setelah beliau wafat, dan ketika itu para wanita sudah tidak terlalu menjaga adab2 mereka. Antaranya tidak memakai jilbab(purdah). Ini menjelaskann bahawa jika seseorang muslimah itu tidak memakai jilbab, ia dilarang untuk keluar rumah.

ini adalah sebahagian hujah drpd 26 hujah yg ana dapati drpd para ulama' dan mereka2 yg ahli dn layak dlm bidang ini....

Antara ulama' yg berpendapat bahawa purdah itu wajib ialah:

1.Syaikh Muhammad Al-Shinqithi
2.Syaikh Abdul Aziz bin Baz
3.Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
4.Syaik Abdullah bin Ibrahim Al Jarullah
5.Syaikh Bakar Abu Zaid
6.Syaikh Musthafa Al-Adhawi
dan lain2 lagi.........

KESIMPULAN

-Menutup muka bukanlah suatu yg asing ketika zaman Rasulullah. Ia dilakukan hampir seluruh muslimah ketika itu sehingga ianya dijadikan keutamaan dan dijatuhkan hukum wajib oleh sebahagian ulama'. Namun sekarang ia sudah jadi tidak biasa dan jadilah ia hanya satu tuntutan dan bukan kewajipan walaupun terdapat hujah2 yg mantap serta kuat untuk mewajibkannya.

-Seperti yg telah dikatakan oleh Saudara Ahmad Aminuddin dlm shoutbox dulu, sekarang sudah masuk apa yg dikatakan sebagai zaman fitnah. Maka seharusnya para muslimah terdorong untuk mengenakan purdah ke atas wajahnya demi kebaikan dirinya dan seluruh ummat islam.

-Zaman ini juga telah masuk sebagai apa yg dikatakan dlm hadis rasulullah:

بدأ الأسلام غريبا وسيعود غريبا فطبى للغربأ

maksudnya: "islam itu bermula dengan ganjil (dari pandangan orang ramai), dan ia akan kambali dipandang ganjil (akhir zaman), maka beruntunglah orang2 yg ganjil( pada waktu itu)."

maka, apa salahnya kita menjadi sebagai prg yg dipandang ganjil seperti yg dikatakan nabi dan sekaligus mendapat doa' drpd nabi sebagai org yg beruntung. Jadi ana menyeru Muslimah agar doronglah diri anda serta rakan2 anda untuk mengenakan purdah, kerana walaupun ada dalil yg mengatakannya tidak wajib, tetapi kita mesti ingat bahawa terdapat juga dalil yg mengatakannya wajib. ~wallahu a'alam~

JIKA KAMU MAHU BERNIQAB..

Berniqab bukanlah kerana trend terkini..
Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..
Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..
Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kau mulakan niqab di wajah,
Niqabkan hatimu dulu,
Niqabkan jiwamu dulu,
Niqabkan lidahmu dulu,
Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.
Yang terbuka belum tentu buka terus..
Berilmu lah sebelum kau beramal wahai sahabat...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Allah swt.
menguji sekuat mana cintanya niqabis itu dlm dirinya krn Allah swt..
Usahlah melatah bila difitnah, krn mmg kau melindung dari fitnah..
Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu..
Pabila ada kesempatan, yg lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam..

Usahlah kau mendongak wajah ke langit..
Belum tentu yg berniqab itu beriman..
Kerana itu kukatakan, niqabkan dirimu, sebelum kau niqabkan wajahmu..
Istiqamah bukan hanya sekadar kata..
Istiqamah ini bkn hya ayat cantik utk ditaip di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..
Tetapi ia perlulah dari jiwa yg tulus mulus demi Allah swt..
Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,
kerana dibalik tirai suara-suara itu..
berhimpun manusia menunggu jelek kan kita..

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!
Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!
Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, dah terang taknak berundur mendengar perintah Allah..
Jangan lah yg memberati aurat ini mencemar niqabis itu sndr..
Jari menari di papan kekunci katakan CINTA ALLAH,CINTA RASUL..
Yakinkah anda? Jangan berkata tetapi hakikatnya berpeluk tubuh...
Terlalu sarat dgn kata nista..
Kau berdusta!!
Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka..
Niqab bukan fesyen terbaru!
Niqab bukan pelindung maksiat!
Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!
Niqab bukan utk dipersendakan...
Berilmulah sebelum beramal..
Kerana yg menderita adalah mrk yg bjuang bhabis-habisan..

Wednesday, March 16, 2011

Aku MencintaiMu Ya Rasulullah..^_^



  
Ya Rasulullah
Salam buatmu duhai kekasih Allah
Kami sentiasa mengingatimu
Wahai penghulu anbiya'


Ya Rasulullah
Kini tibalah detik yang bersejarah
Hari kelahiranmu yang ditunggu
Detik gemilang


Seluruh alam bergembira
Dengan kedatangan dirimu
Bagaikan rembulan mengambang
Membawa cahaya yang terang
Hapuslah segala kejahilan
Musnahkan segala kezaliman


Ya Rasulullah ya habiballah
 Ya Rasulullah ya Habiballah


Sejarah perjuanganmu
Diingat dikenang kembali
Dijadikan contoh tauladan
Di dalam mengharungi kehidupan


Tabahnya dirimu ya rasul
Menempuhi dugaan Tuhan
Biar pun dicaci difitnah
Semangatmu terus menyala
Akhirnya membawa kecemerlangan
Akhirnya membawa kemenangan


Ya Rasulullah ya habiballah 
 Ya Rasulullah ya Habiballah

INDAHNYA MENJADI KAUM HAWA


1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16.Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

16. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

17. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

18. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

19. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

20. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

21. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

22. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

23. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

24. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.


SAAT BERPISAH




Sebaik-baik penasihat ialah kematian. Namun, mana mungkin orang yang pernah mati datang kepada kita untuk menasihatkan? Mengingatkan mati, menakutkan. Manusia akan takut pada apa yang tidak diketahuinya.
Semuanya masih misteri. Hanya tinggal al-Quran dan al-Hadis untuk kita rujuk bagi mengetahui tentang kematian. Namun berapa kerat antara kita yang berbuat demikian. Cerita tentang kematian akan mematikan rasa kemanisan menikmati hidup ini. Dan akibatnya, mati terus mati dalam hidup kita!
Jika seseorang mengingati mati, akan mudah hatinya dilentur kepada makrufat dan makrifat. Jika mengingati kematian jiwa akan jeran dan bosan dengan maksiat dan sayyiat (perkara yang buruk). Jika mati itu hidup di dalam hati kita, kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan. Nikmat dosa akan sirna dengan mengingati mati. Azab taat akan kecil bila teringat saat kembali.
Ketika hatimu jemu dengan ketaatan, mula tergiur dengan kemaksiatan, kenang-kenangkanlah SAAT BERPISAH.
Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup mati. Bila sanggup datang, mesti sanggup pulang. Kita hanya menghabisi bilah-bilah hari yang telah ditentukan. Tujuan ke sini untuk diuji, tiba masanya pasti kembali!
Mengapa terlalu enggan untuk berpisah? Nikmat sangatkah dunia ini? Padahal senang dan susah bertukar ganti, suka dan duka datang dan pergi. Tidak ada yang kekal lama, semuanya bersifat sementara. Jika mati tidak memisahkan, kesenangan ini pun akan pergi jua. Kata mereka yang arif tentang kehidupan:
"Manusia lahir bersama tangisan, dicelahi kehidupannya oleh tangisan dan akan dihantar ke pusara oleh tangisan."
Pernahkah ada kesenangan yang abadi dan hakiki? Tidak ada. Justeru, hiduplah berpada-pada. Hiduplah bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang.
Hidup mesti sederhana kerana dunia ini sementara. Sederhana itu bukan pada ringgit dan harta tetapi pada jiwa dan rasa. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu berdukacita.
Tidak ada kesenangan yang tidak diiringi kesukaran dan tidak ada kesukaran yang tidak diiringi kesenangan. Selepas ketawa, pasti menyusul air mata. Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma. Allah memberikan kita terang untuk bersyukur. Allah berikan kita gelap untuk bersabar.
Jadilah insan lara yang temannya mujahadah dan taubat. Sentiasalah berusaha menjadi insan yang baik walaupun masih digamit oleh ghairah kejahatan dan dosa. Jatuh, bangun kembali. Jatuh, bangun lagi.
Ukirlah seribu taubat walaupun telah berkali-kali ia dimungkiri. Allah tidak akan jemu dengan taubat hamba-Nya selagi kita tidak putus asa kepada-Nya. Tempuhi jalan mujahadah sekalipun langkahmu pernah goyah. Jangan mengalah. Kau tidak akan kalah selagi tidak mengalah.
Luruskan jalan menuju Tuhan dengan tulusnya hati sesama insan. Elakkan hasad, jauhi mengumpat. Jika tidak mampu menambah, jangan mengurang. Jika tidak mampu menjulang, jangan menghalang. Ingat selalu kata hukama:
"Jika tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan jadi lalat yang membusukkannya."
Jika tidak dapat mengucapkan perkataan yang baik, banyakkan diam. Jika memberi nasihat dirasakan terlalu berat, cukuplah dengan menghulurkan doa dan munajat. Setiap kita mempunyai kelebihan. Kata orang, Tuhan tidak mencipta manusia bodoh. Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.
Justeru, carilah apakah "kebijaksanaan" itu kerana itulah saluran kita untuk berbakti. Ketika rasa takut singgah oleh kebimbangan dijemput maut, katalah pada diri, bila berdepan dengannya kita akan lupa segala-galanya. Kesayangan yang kita takutkan kehilangannya, kecintaan yang kita bimbangkan perpisahan dengannya, akan menjadi sedebu bila berdepan dengan detik itu.
Kita akan terlupa akan jalan yang telah jauh kita tinggalkan di belakang kerana memandangkan jalan yang lebih jauh merentang di hadapan. Nikmat dunia akan kita lupakan sebaik sahaja melihat azab di akhirat. Dan azab di dunia akan kita lupakan setelah melihat nikmat di akhirat.
Sesungguhnya mati itu bukan satu pengakhiran tetapi ia satu permulaan kepada satu kehidupan yang lebih sejati dan hakiki. Mati itu hanya proses perpindahan – dari alam dunia ke alam barzakh. Sama seperti kelahiran – proses berpindah dari alam rahim ke alam dunia.
Ya, kalau sanggup datang. Mesti sanggup pulang. Hati sewajarnya sentiasa merasa bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah. Bukankah kita bertemu untuk berpisah? Dan berpisah untuk bertemu? Semoga kembara kita di dunia akan tiba bersama di hujung destinasinya... syurga!

Tuesday, March 15, 2011

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Ya Allah,
Ampunkanlah dosa-dosaku ini,
kuatkanlah hatiku dengan hatiMU,
Ya Allah,
Teguhkanlah hati ku dengan hati Mu,
dekatkanlah cintaku kepada cinta MU,

Ya Allah,
betapa rindunya MS ini dengan KekasihMu,
setiap kali namaNya disebut,
mata ku mula berkaca,
hatiku mula merintih,

Ya Allah,
MS sedih melihat dunia sekarang,
saat MS melihat ummatNYA pada masa kini,
hatiku mula meronta-ronta,
MS terasa geram melihat anak remaja masa kini,

ikutkan hati,
ingin sahaja MS memarai mereka,
tapi apakan daya
islam mengajar MS untuk berlembut sesama manusia,
MS ikut ajaran yang dibawa oleh MU,
MS sabar,
MS cuba berdakwah mengikuti ajaranMU,

Ya Allah,
terangkanlah hati2 mereka,
berikan hidayah kepada mereka,
sesungguhnya Hidayah MU hanyalah Milikmu
Ya Allah.

Ya Allah,
kuatkanlah imanku,
Akidahku,
janganlah engkau pesongkan hatiku,
setelah engaku memberi hidayah kepada ku.

Amin Ya Rabbal Alamin...^_^

Monday, March 14, 2011

NO COUPLE BEFORE AKAD

ANTARA KHINZIR DAN KEKASIH

Sejauh manakah kita umat akhir zaman ini menyedari hal ini. Antara yang “nampak berat” dan yang “nampak ringan”. Semestinya sebagai seorang muslim telah menjadi kewajipan untuk sama-sama menjaga batas-batas syariat dalam bab pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Dalam suatu hadis Rasulullah SAW, baginda bersabda yang maksudnya. “Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.”  [HR Ibnu Majah]

Banyak peringatan dan keburukan yang Rasulullah SAW sampaikan kepada umat baginda mengenai hubungan antara lelaki dan perempuan. Peringatan yang disampaikan baginda tidak lain bagi menyelamatkan manusia dari fitnah dunia dan seterusnya bebas dari murka Allah SWT di atas perbuatan yang menjadi larangan dalam beragama.

Dunia moden berbanding period dahulu menjadi semakin teruk. Budaya barat diikuti tanpa sebarang tapisan. Pergaulan bebas antatara lelaki dan perempuan di khalayak ramai menjadi trend tanpa rasa segan dan rasa bersalah pada agama. Kini, lelaki atau perempuan yang single dilihat pelik jika tidak mempunyai pasangan.

Kenapa bercouple?

BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN

BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki sebuah biduk pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?

CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan membawa fitrah (instince) untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik (Syurga)." (QS Ali Imran : 14).

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. [HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah]. Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasandunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. [HR Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi].

ALLAH berfirman; "Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik" (QS Ar-Rahman : 70)

Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.

ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1. Menundukkan pandangan:

ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA;"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya."  (QS An-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; "Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya."  (QS An-Nuur: 31)

2. Menutup Aurat;

ALLAH berfirman, "..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya." (QS An-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; "Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri- isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS An-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita."

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita;

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; "Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab." (QS Al-Ahzaab : 53)

4. Tidak Berdua-duaan Antara Lelaki Dan Perempuan;

Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya." [HR Bukhari & Muslim]

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya." [HR Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih]

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan);

Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; "Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (QS Al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;

Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; "Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya." [HR Thabrani dalam Mujam Kabir, hadis hasan]

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. [HR Bukhari]

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya." [HR Bukhari, Muslim & Abu Daud].

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA; "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk." (QS Al-Isra' : 32)


HUKUM BERCOUPLE

SETELAH memerhatikan ayat dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.

3. Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5. Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.

6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Islam says NO!!! What about you?

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?


FATWA ULAMA

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah.

Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan.

Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama- sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?

Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?

Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya).

Sebagaimana firman ALLAH SWT; "Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya." (QS Al-Ahzaab : 32).

Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.


Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya

Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya: Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat.

Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.

Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karaktor, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada kalau terjadi setelah menikah.

Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karaktor calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.

Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.

Fenomena Couple

Dalam situasi kini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitik beratkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA.

Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah

Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan menjauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

Berkahwinlah kerana Allah, insyaAllah pasti bahagia!!!

Nikmatnya bercouple itu datang setelah perkahwinan kerana tidak perlu lagi menyembunyikan kekurangan masing-masing. Pada masa yang sama, setiap dari kita pasti ingin cuba menjadi contoh yang terbaik untuk pasangan, seterusnya mewujudkan suasana harmoni dalam berhubungan. Setiap larangan yang ditegah Allah dan Rasulnya mempunyai hikmah untuk kebaikan bersama. Jadi mengapa perlu merujuk kepada barat sedangkan semua rujukan untuk kita sudah jelas terpampang? Sama-sama renungkan



Tanam prinsip 'no couple before akad'.